PASUKAN LATIHAN DAERAH PPM BAYAN LEPAS
Modul Buku Log Keahlian PKK boleh dimuat turun di pautan ini.
MUAT TURUN / DOWNLOAD
Sila cetak dan perbanyakkan modul tersebut. Kulit (depan dan belakang) hendaklah dicetak di atas kertas warna kuning (warna PKK) bagi memudahkan pengurusan Buku Log.
Pasukan Badan Beruniform
Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.
Rabu, 24 Februari 2016
Jumaat, 21 Ogos 2015
Jambori Pengakap Pulau Pinang ke-9 2015
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Pulau Pinang akan mengadakan program tersebut seperti ketetepan berikut:
Tarikh: 13 - 16 September 2015 (Ahad - Rabu)
Tempat: Hutan Lipur Bukit Panchor, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan
Pendaftaran: 2.00 pm - 4.00 pm (13 Sept 2015)
Yuran: RM 20.00 seorang
Surat jemputan dan borang penyertaan boleh dimuat turun dari link di bawah:
1. Surat Jemputan Sekolah-sekolah (PPMPP)
2. Borang Penyertaan Jambori (sekolah - sila faks ke Unit Kokurikulum segera)
3. Borang Penyertaan Jambori (individu- hendaklah dibawa semasa pendaftaran)
Pertandingan Tarian Integrasi (RIMUP) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2015
Pertandingan Tarian Integrasi di bawah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 25 Ogos 2015 (Selasa)
Tempat: SJKC Kwang Hwa Butterworth
Masa: 8.00 am (pendaftaran) - 4.00 pm (bersurai)
Bagi pasukan sekolah-sekolah yang mewakili daerah masing-masing, tuan/puan boleh memuat turun surat jemputan, borang penyertaan dan kertas konsep pertandingan di sini.
1. Surat Jemputan
2. Borang Penyertaan
3. Kertas Konsep
Summer Camp Program Remaja Berwawasan 2015
Pada 17 – 21 Ogos 2015 bertempat di Kem PGA Ulu Kinta, Ipoh Perak telah berlangsung Summer Camp bagi peserta-peserta Program Remaja Berwawasan (PRB) yang melibatkan hampir 360 orang pelajar dari negeri Pulau Pinang dan WP Kuala Lumpur. Sekolah-sekolah yang terlibat dari Pulau Pinang ialah SMK Jelutong, SMK St. George (M), SMK Datuk Hj. Ahmad Said, SMK Pauh Jaya dan SMK Simpang Empat.
Summer Camp ini merupakan kemuncak aktiviti dalam PRB di mana para peserta dilatih untuk lebih berdisiplin, mendengar arahan, menghormati orang lain disamping diterapkan ilmu-ilmu berguna seperti kawad kaki, kerohanian dan ikhtiar hidup.
Para peserta PRB ini terdiri daripada golongan pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah yang terdiri dari masalah ponteng, bergaduh, dan kurang motivasi untuk belajar. Dengan menyertai program ini, para peserta dilihat mempunyai perubahan yang positif dalam sikap dan motivasi.
Johan Keseluruhan disandang oleh SMK Datuk Hj. Ahmad Said, manakala Naib Johan disandang oleh SMK Jelutong dan tenpat Ketiga disandang oleh SMK St. George (M). Majlis Perasmian Penutupan Summer Camp ini dirasmikan oleh YDH DCP Dato' A. Thaiveegan, Timb. Ketua Polis Pulau Pinang.

Isnin, 17 Februari 2014
Mesyuarat JK Pelaksana Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform (Badan Bukan Kerajaan) Peringkat Negeri Pulau PInang 2014
Satu mesyuarat JK Pelaksana Perkhemahan PBB NGO Pulau Pinang 2014 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 26 februari 2014
Tempat: Hutan Lipur Teluk Bahang
Masa: 9.00 pagi
Senarai JK yang telah dilantik diminta hadir bagi melicinkan perjalanan kem peringkat negeri ini. antara agenda mesyuarat ialah:
1. Pelantikan AJK perkhemahan
2. Penetapan tentatif perkhemahan
3. Pemurnian aktiviti sepanjang perkhemahan
4. Lain-lain perkara berbangkit

Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Peringkat Negeri Pulau Pinang 2014
Satu perkhemahan badan beruniform peringkat negeri Pulau Pinang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 18 - 20 Februari 2014 (Selasa - Khamis)
Tempat: Pusat Kokurikulum JPPP, Bukit Mertajam.
Tarikh: 18 - 20 Februari 2014 (Selasa - Khamis)
Tempat: Pusat Kokurikulum JPPP, Bukit Mertajam.
Langgan:
Catatan (Atom)