Pada 17 – 21 Ogos 2015 bertempat di Kem PGA Ulu Kinta, Ipoh Perak telah berlangsung Summer Camp bagi peserta-peserta Program Remaja Berwawasan (PRB) yang melibatkan hampir 360 orang pelajar dari negeri Pulau Pinang dan WP Kuala Lumpur. Sekolah-sekolah yang terlibat dari Pulau Pinang ialah SMK Jelutong, SMK St. George (M), SMK Datuk Hj. Ahmad Said, SMK Pauh Jaya dan SMK Simpang Empat.
Summer Camp ini merupakan kemuncak aktiviti dalam PRB di mana para peserta dilatih untuk lebih berdisiplin, mendengar arahan, menghormati orang lain disamping diterapkan ilmu-ilmu berguna seperti kawad kaki, kerohanian dan ikhtiar hidup.
Para peserta PRB ini terdiri daripada golongan pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah yang terdiri dari masalah ponteng, bergaduh, dan kurang motivasi untuk belajar. Dengan menyertai program ini, para peserta dilihat mempunyai perubahan yang positif dalam sikap dan motivasi.
Johan Keseluruhan disandang oleh SMK Datuk Hj. Ahmad Said, manakala Naib Johan disandang oleh SMK Jelutong dan tenpat Ketiga disandang oleh SMK St. George (M). Majlis Perasmian Penutupan Summer Camp ini dirasmikan oleh YDH DCP Dato' A. Thaiveegan, Timb. Ketua Polis Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan